Sunday 15 March 2015

Kisah yang Menyedihkan.



Assalammualaikum.
Sambungan cerita...

Pada tarikh 23.8.2014 merupakan tarikh yang tak dapat aku lupakan. Tarikh tu jgak laa aku kehilangan ayah aku :’) ayah yang aku sayang selama ni. Cerita dia bermula begini…….
Time tu aku tengah makan dengan kawan2 aku. Korang boleh bayangkan tak time tu aku betul2 baru nak suap makanan dalam mulut, lepas tu pak cik aku call. Dia tanye aku. “ daus dah tahu ke pasal ayah sekarang ni?” . aku pun cakap laa  “ tak tahu paksu. Kenapa”. Lepas tu pak cik aku pun kata laa sruh siap kan barang semua dan nak amik aku kat uitm. Time tu sumpah aku tak sedap hati gila. Aku call ibu plak. Aku tanye dia kenapa dengan ayah.  Ibu pun jawab “ sape yg bgithu ni. Jangan risau ye daus. Ibu ada ni. Kuatkan semangat. Ibu ada untuk anak2 ibu” . sumpah weyh time tu Allah S.W.T je tahu macam mane luluh nye hati aku bila ibu cakap ayah dah meninggal :’) perasaan aku time tu kosong!!! Aku tak tahu ape patut aku rase time tu. Sebab semua perasaan aku bercampur. Aku kehilangan ayah aku sendiri!! Orang yang dah jaga aku sejak dari kecik lagi. Besarkan kami adik beradik telah pergi menghadap ilahi.

Aku pun terus blah ( balik ) bilik untuk kemas2 kan barang. Tetiba roommate aku ( hafizul ) ikut aku ke bilik. “ weyh. Aku dengan budak2 yang lain nak ikut kau balik. Aku tak boleh ahh tengok kau sorang2” . Hati aku pun terdetik. Aku masih ada lagi sahabat yang sentiasa dengan aku. Lepas aku siapkan semua barang, aku terus pergi ke pintu utama UITM. Kawan2 aku sanggup sewa kereta tengah2 malam semata nak follow aku balik Selangor. Sumpah ini laa nama sahabat. Aku tunggu pak cik aku sampai.
Aku pun tengok dalam kereta tu dah ada atok dengan nenek aku. Aku terus naik mereka. Kawan2 aku yang lain follow dari belakang. Pak cik aku dengan tetiba macam kena rasuk hantu bawak kereta laju gila. Memang ikut baris jalan potong punye. Kereta halang je dia naikkan lampu tinggi tanda dia nak lalu.
Kawan2 abis ketingggalan. Hampir 4 jam lebih laa aku nak sampai kat rumah. Sampai2 je kat sana, orang ramai dah berkerumun depan dan dalam rumah aku. Aku pun masuk laa dalam rumah. Sumpah terkejut suatu badan yang telah diselubung tu adalah jenazah ayah aku. Terus terduduk dibuatnya. Slow2 aku bukak kain tu. Dengan rase sedih aku lihat wajah aku. Ya allah wajah ini yang akan aku rindu sampai bila2! Aku mencium wajah ayah tanda aku rindukan dia sangat2 dan bila aku tengok wajah adik dengan ibu aku, sebak aku rase. Mata2 dorang semua dah bengkak sebab dari tadi asyik menangis je. Aku sempat untuk tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku mandikan jenazah dia, kafankan jenazah dia dan mengebumikan jenazahnya dia area rumah aku. Tapi aku terima ini semua dengan hati yang terbuka yang ayah telah pergi meninggalkan kami semua. Semoga roh arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.......

Tuesday 3 March 2015

Pengembaraan Si Kepeng.

Assalammualaikum

Kali ini aku akan ceritakan kisah seorang budak yang berbadan kecik (kepeng). Perjalanan hidup dia ketika time masuk Pra Diploma 2014


Pada bulan 6 tahun 2014, si kepeng telah ditawarkan untuk memasuki Pra Diploma di UiTM Segamat. Mula2 si kepeng tu agak berat untuk meninggalkan family dia sebab ini kali pertama dia akan berpisah dengan family yang tersayang. Agak berat jugak untuk berpisah, tapi ia harus pergi demi kejayaan masa depannya. Ketika sampai di Uitm tersebut, dia bersalaman dengan ahli keluarganya dan disudut hati kecik dia amat sedih.

Sesi perjalanan hidup si kepeng bermula dengan orentasi selama seminggu.
Nak tahu tak…. Si kepeng bermula bermain Bar di Uitm tersebut. Nak tahu tak macam maneee?? Jeng jeng jeng (buat cuak sikit)

Ketika sedang beratur, si kepeng terlihat 2 orang budak sedang buat human flag (aksi manusia seperti membuat bendera) . dia teruja gila untuk jadi mcm dorang. Suatu hari dia tanya kawan dia macam mane nak main bar and then kawan dia ajarkan step2 untuk main bar. Setiap hari dia workout even sorang2. Pada mulanya dia hanya main dalam bilik jeee. Even akan rasa sakit tapi dia tetap teruskan sebab ‘ no pain, no gain’ sebab itulah effect jika main bar. Selepas 2 bulan dia main, sebuah group yang wujud di seksyen 16, shah alam telah ajak join group streetworkout mereka. Setiap kali cuti, si kepeng akan pulang ke shah alam dan akan join mereka untuk sama2 workout di kawasan mereka. Biasa mereka akan bermain pada pukul 10 keatas. group tersebut diberi nama ‘Bar_Rex’ dan ahlinya seramai 30 orang.


Klau dekat uitm, si kepeng biasanya akan pergi workout di taman atas bersama dengan pelajar2 lain dan bertukar2 pandangan. Secara keseluruhan sukan ini juga dpat merapatkan hubungan antara satu sama lain. Si kepeng tak pernah menyesal untuk bermain bar even dibanyak kali terjatuh dari palang ‘monkey bar’ . hahaha itu laa kenangan paling manis even jatuh tinggi.


Sampai sini sahaja perkongsian aku untuk blog kali ini. Nantikan cerita aku yang seterusnya dalam blog ni. Maaf andai terkasar bahasa ke ape, tapi ni laa cara aku . hope korang boleh terima cara aku J klau ade ape2 komen, harap komen yang murni2 je laaa. Hahaha setiap kesilapan berlaku dari kita dan yang baik datangnya dari yang Maha Esa. Hahahha okeyh ahhh nak chaw ni. Bye, Assalammualaikum.  




                                                                                                                    #AkuYangBernamaAus


Monday 2 March 2015

Cerita Gua dalam blog!

Assalammualaikum....

khabar reee? waras? dah madang belum? kok bisa.... kihkihkihkih

Ini merupakan pengalaman pertama aku nak tulis blog. Dulu kononnya paling menyampah nak buat blog. Tapi bagaikan tersangkut nak buat blog. So harap korang enjoy la nak baca cerita aku ni. Pastikan ade jajan dengan air semua. Baru syok nak baca cerita aku. Hehehehehe. Hope enjoy kawannnn.

Nama yang diberi untuk aku adalah Muhammad Firdaus Bin Mahamad Tahir. Aku berasal dari Klang dan merupakan anak sulung ( acah2 paling besar dalam kalangan adik beradik) aku di lahirkan di sebuah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan kini berumur  (dulunye konon2 paling top kat Selangor) .

Meyh sini kami habaq mai...

Tutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt (acah2 nak suprises la )

time kecik2, aku bersikap sangat baikkkkkkkk . peramah gila sampai tak terkata. kadang kadang ada terfikir nak bunuh diri (pengaruh tv! ) hahahahahaha aku takde laa bodoh sangat sampai nak bunuh diri bagai. Kenapa perlu bunuhkan diri sedangkan ramai lagi yang masih memerlukan kita. Aku perlu tegakkan  iman yang kuat, tabah  dan hati must sado. Aku ada seorang adik perempuan yang bernama Fizriah Binti Mahamad Tahir. Sungguh annoying budak nye -.- tapi apalah nasib, adik kannnnn. so walaupun susah dan mahupun senang , aku kena jaga adik aku tu. sebab dia sorang je adik yang aku adooooooo.

Pada peringkat awal untuk membesar, aku telah dimasukkan ke Tadika Kemas,Klang. Time tu agak malas sebab pagi2 buta dah nak kena bangun sebab nak kena pergi tadika. Aku dah laa susah nak bangun awal. Tapi apakan daya, sebagai anak kita kena dengar je laa cakap orang tua sendiri. kang tak ikut kata kita ni melawan cakap dorang. kang tak cium bau syurga lagi payah kannnnnn. Semakin lama perasaan malas itu bertukar kepada teruja gila. Sebab dapat berkenalan dengan orang lain yang kita jarang jumpa. Sama seperti kanak2 yang lain, kami menghabiskan masa bersama untuk belajar dan bermain. Aku ingat lagi, cikgu tadika tu selalu cakap kami ni batch yang agak susah nak dikawal sebab kami ni semua teramat la baikkkkkk (padahal nakal gila)
Tapi kami semua gembira dengan masa2 kami bersama.

Pada peringkat rendah plak, aku didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda, Klang. Alhamdulillah kebanyakkan pelajar2 tersebut merupakan kawan2 aku time tadika dulu. so takde laa nak rasa malu sebab kami semua dah kenal antara satu sama lain. Hahaha nak dijadikan cerita, sekolah tu berada diatas bukit, dan setiap kali tamat je waktu belajar, kami semua akan berkumpul tepi bukit. Nak jadikan cerita, time sekolah dulu2, beg roda merupakan beg paling top. So kami semua fight game dengan menggunakan beg roda masing2. Beg siapa yang ditolak dan akan sampai ke garisan penamat akan dikira sebagai pemenang. Hahaha kalau tengok beg masing2 semuanya dah koyak sebab kesan seretan dekat atas tar jalan tersebut. Walaupun koyak, tapi kami semua enjoy. maklumlah budak2 kecik mane tahu apa itu masalah. yang dorang tahu adalah untuk bersuka2 dan berseronok dengan rakan2 yang lain. Saat kita masih kecik laa yang paling indah. Hidup dengan penuh kegembiraan bagaikan masalah yang mendatang diletakkan dalam satu tempat yang jauh dan terus hilang di awangan.

Pada peringkat menengah pulak, aku dimasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang. Time tu terasa laa konon2 macam dah remaja. Aku dapat berkenalan dengan pelajar2 baru. Masa form 1 aku tetiba minat pulak dengan kokokurikulum sekolah. Aku daftarkan diri masuk Kadet Remaja Sekolah. Bertambah dahsyat lagi, aku dengan tetiba rela hati nak mewakili sekolah dalam pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Tapi sebelum dapat mewakili sekolah, aku dengan pelajar2 lain mesti kena masuk pemilihan ahli kawad dulu dan pada penghujung pemilihan tersebut, aku terpilih untuk join group mereka untuk pergi ke pertangdingan kawad tersebut. Hati aku time tu seronok gila bak hanggg. Balik je rumah, aku konon nak share rasa gembira tu dengan ayah dan ibu aku. Nak jadikan cerita sedih sikit, ayah tak bagi aku join mereka sebab biasalah kawad ni aka nada latihan setiap masa even panas ke ape, dorang mesti akan buat jugak. Ayah takut aku tak tahan dengan cara kawad yang agak ketat. Kang tak memasal tumbang plak dekat padang kawad tu. Ibu hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Tapi takpa. Anak jantan pantang mengalah! Aku tetap berkeras dan cuba untuk menyakinkan ayah yang aku mampu ikut cara dorang nak training budak2 kawad yang lain.

Hari demi hari berlalu dan akhirnya ayah izinkan aku join mereka sebab tengok aku ni tak reti nak mengalah dan jenis keras kepala. Hahaha lagi la seronok bila dia dah cakap macam tu .Kami berlatih setiap masa. Pelbagai formasi yang kami cipta untuk pertandingan tersebut.
Pada hari pertandingan, sekolah aku hanya dapat tempat ke-4 bagi keseluruhan. Tapi itu semua tak mematahkan semangat kami semua!

Seperti pelajar lain, aku menamatkan pembelajaran aku pada form5. Habis je dari SPM, aku terus start cari kerja. Maklum laa, duduk rumah klau mengabiskan beras kat rumah je pun takde gunakan. Baik laa kerja. Kurang2 dpat cari duit poket sendiri tanpa nak harapkan duit ibu dengan ayah. Aku sedar keluarga aku ni bukan dalam golongan yang boleh dikata kaya. So kena sedar diri laaa. Klau nak somethings, kita kena laa usaha sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku diterima masuk bekerja di AEON Bukit Raja dan ditugaskan sebagai promoter untuk barangan beg2 sekolah sebab time tu dorang buat kempen ‘ Back To School’. Kebiasaannya aku akan bangun pukul 9 dan terus siap2 pergi kerja. Sebab kerja2 promoter biasanya masuk pukul 10. Alhamdulillah aku dapat berjumpa dengan ramai pekerja yang lain. Aku suka berkawan dengan semua orang sebab itu cara aku dari dulu lagi. Tapi sedih jgak ahhh even dah tamat sekolah pun kitaorang semua kena pakai baju kemeja putih lagi. Hahah terasa macam tengah sekolah lagi. Tapi takpa laa demi mencari rezeki yang halal akan ku lakukan sahaja apa yang termampu ( ayat acacah2)

Setiap hari aku akan cuba mengembirakan kawan2 yang sentiasa ada dengan aku time susah dan senang. Even cara aku layan dorang kadang2 macam kasar, tapi jujur dari sudut hati kecil ini aku saying gila dekat sahabat aku semua. Dorang je faham perangai aku. Macam orang2 tua kata, ‘tak kenal maka tak cinta’. Aku gembira bila dorang semua ada bila aku perlukan. Bersyukur gila aku kenal dorang. Majoriti kawan2 aku semua ni 1 tadika dengan aku time kecik2 dulu. So aku dah biase dengan dorang ni semua sehingga skrg ni kami semua tetap berkawan.

Sampai sini sahaja perkongsian aku untuk blog kali ini. Nantikan cerita aku yang seterusnya dalam blog ni. Maaf andai terkasar bahasa ke ape, tapi nil aa cara aku . hope korang boleh terima cara aku J klau ade ape2 komen, harap komen yang murni2 je laaa. Hahaha setiap kesilapan berlaku dari kita dan yang baik datangnya dari yang Maha Esa. Hahahha okeyh ahhh nak chaw ni. Bye, Assalammualaikum J





                                                                                        #AkuYangBernamaAus