Monday 2 March 2015

Cerita Gua dalam blog!

Assalammualaikum....

khabar reee? waras? dah madang belum? kok bisa.... kihkihkihkih

Ini merupakan pengalaman pertama aku nak tulis blog. Dulu kononnya paling menyampah nak buat blog. Tapi bagaikan tersangkut nak buat blog. So harap korang enjoy la nak baca cerita aku ni. Pastikan ade jajan dengan air semua. Baru syok nak baca cerita aku. Hehehehehe. Hope enjoy kawannnn.

Nama yang diberi untuk aku adalah Muhammad Firdaus Bin Mahamad Tahir. Aku berasal dari Klang dan merupakan anak sulung ( acah2 paling besar dalam kalangan adik beradik) aku di lahirkan di sebuah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan kini berumur  (dulunye konon2 paling top kat Selangor) .

Meyh sini kami habaq mai...

Tutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt (acah2 nak suprises la )

time kecik2, aku bersikap sangat baikkkkkkkk . peramah gila sampai tak terkata. kadang kadang ada terfikir nak bunuh diri (pengaruh tv! ) hahahahahaha aku takde laa bodoh sangat sampai nak bunuh diri bagai. Kenapa perlu bunuhkan diri sedangkan ramai lagi yang masih memerlukan kita. Aku perlu tegakkan  iman yang kuat, tabah  dan hati must sado. Aku ada seorang adik perempuan yang bernama Fizriah Binti Mahamad Tahir. Sungguh annoying budak nye -.- tapi apalah nasib, adik kannnnn. so walaupun susah dan mahupun senang , aku kena jaga adik aku tu. sebab dia sorang je adik yang aku adooooooo.

Pada peringkat awal untuk membesar, aku telah dimasukkan ke Tadika Kemas,Klang. Time tu agak malas sebab pagi2 buta dah nak kena bangun sebab nak kena pergi tadika. Aku dah laa susah nak bangun awal. Tapi apakan daya, sebagai anak kita kena dengar je laa cakap orang tua sendiri. kang tak ikut kata kita ni melawan cakap dorang. kang tak cium bau syurga lagi payah kannnnnn. Semakin lama perasaan malas itu bertukar kepada teruja gila. Sebab dapat berkenalan dengan orang lain yang kita jarang jumpa. Sama seperti kanak2 yang lain, kami menghabiskan masa bersama untuk belajar dan bermain. Aku ingat lagi, cikgu tadika tu selalu cakap kami ni batch yang agak susah nak dikawal sebab kami ni semua teramat la baikkkkkk (padahal nakal gila)
Tapi kami semua gembira dengan masa2 kami bersama.

Pada peringkat rendah plak, aku didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda, Klang. Alhamdulillah kebanyakkan pelajar2 tersebut merupakan kawan2 aku time tadika dulu. so takde laa nak rasa malu sebab kami semua dah kenal antara satu sama lain. Hahaha nak dijadikan cerita, sekolah tu berada diatas bukit, dan setiap kali tamat je waktu belajar, kami semua akan berkumpul tepi bukit. Nak jadikan cerita, time sekolah dulu2, beg roda merupakan beg paling top. So kami semua fight game dengan menggunakan beg roda masing2. Beg siapa yang ditolak dan akan sampai ke garisan penamat akan dikira sebagai pemenang. Hahaha kalau tengok beg masing2 semuanya dah koyak sebab kesan seretan dekat atas tar jalan tersebut. Walaupun koyak, tapi kami semua enjoy. maklumlah budak2 kecik mane tahu apa itu masalah. yang dorang tahu adalah untuk bersuka2 dan berseronok dengan rakan2 yang lain. Saat kita masih kecik laa yang paling indah. Hidup dengan penuh kegembiraan bagaikan masalah yang mendatang diletakkan dalam satu tempat yang jauh dan terus hilang di awangan.

Pada peringkat menengah pulak, aku dimasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang. Time tu terasa laa konon2 macam dah remaja. Aku dapat berkenalan dengan pelajar2 baru. Masa form 1 aku tetiba minat pulak dengan kokokurikulum sekolah. Aku daftarkan diri masuk Kadet Remaja Sekolah. Bertambah dahsyat lagi, aku dengan tetiba rela hati nak mewakili sekolah dalam pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Tapi sebelum dapat mewakili sekolah, aku dengan pelajar2 lain mesti kena masuk pemilihan ahli kawad dulu dan pada penghujung pemilihan tersebut, aku terpilih untuk join group mereka untuk pergi ke pertangdingan kawad tersebut. Hati aku time tu seronok gila bak hanggg. Balik je rumah, aku konon nak share rasa gembira tu dengan ayah dan ibu aku. Nak jadikan cerita sedih sikit, ayah tak bagi aku join mereka sebab biasalah kawad ni aka nada latihan setiap masa even panas ke ape, dorang mesti akan buat jugak. Ayah takut aku tak tahan dengan cara kawad yang agak ketat. Kang tak memasal tumbang plak dekat padang kawad tu. Ibu hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Tapi takpa. Anak jantan pantang mengalah! Aku tetap berkeras dan cuba untuk menyakinkan ayah yang aku mampu ikut cara dorang nak training budak2 kawad yang lain.

Hari demi hari berlalu dan akhirnya ayah izinkan aku join mereka sebab tengok aku ni tak reti nak mengalah dan jenis keras kepala. Hahaha lagi la seronok bila dia dah cakap macam tu .Kami berlatih setiap masa. Pelbagai formasi yang kami cipta untuk pertandingan tersebut.
Pada hari pertandingan, sekolah aku hanya dapat tempat ke-4 bagi keseluruhan. Tapi itu semua tak mematahkan semangat kami semua!

Seperti pelajar lain, aku menamatkan pembelajaran aku pada form5. Habis je dari SPM, aku terus start cari kerja. Maklum laa, duduk rumah klau mengabiskan beras kat rumah je pun takde gunakan. Baik laa kerja. Kurang2 dpat cari duit poket sendiri tanpa nak harapkan duit ibu dengan ayah. Aku sedar keluarga aku ni bukan dalam golongan yang boleh dikata kaya. So kena sedar diri laaa. Klau nak somethings, kita kena laa usaha sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku diterima masuk bekerja di AEON Bukit Raja dan ditugaskan sebagai promoter untuk barangan beg2 sekolah sebab time tu dorang buat kempen ‘ Back To School’. Kebiasaannya aku akan bangun pukul 9 dan terus siap2 pergi kerja. Sebab kerja2 promoter biasanya masuk pukul 10. Alhamdulillah aku dapat berjumpa dengan ramai pekerja yang lain. Aku suka berkawan dengan semua orang sebab itu cara aku dari dulu lagi. Tapi sedih jgak ahhh even dah tamat sekolah pun kitaorang semua kena pakai baju kemeja putih lagi. Hahah terasa macam tengah sekolah lagi. Tapi takpa laa demi mencari rezeki yang halal akan ku lakukan sahaja apa yang termampu ( ayat acacah2)

Setiap hari aku akan cuba mengembirakan kawan2 yang sentiasa ada dengan aku time susah dan senang. Even cara aku layan dorang kadang2 macam kasar, tapi jujur dari sudut hati kecil ini aku saying gila dekat sahabat aku semua. Dorang je faham perangai aku. Macam orang2 tua kata, ‘tak kenal maka tak cinta’. Aku gembira bila dorang semua ada bila aku perlukan. Bersyukur gila aku kenal dorang. Majoriti kawan2 aku semua ni 1 tadika dengan aku time kecik2 dulu. So aku dah biase dengan dorang ni semua sehingga skrg ni kami semua tetap berkawan.

Sampai sini sahaja perkongsian aku untuk blog kali ini. Nantikan cerita aku yang seterusnya dalam blog ni. Maaf andai terkasar bahasa ke ape, tapi nil aa cara aku . hope korang boleh terima cara aku J klau ade ape2 komen, harap komen yang murni2 je laaa. Hahaha setiap kesilapan berlaku dari kita dan yang baik datangnya dari yang Maha Esa. Hahahha okeyh ahhh nak chaw ni. Bye, Assalammualaikum J





                                                                                        #AkuYangBernamaAus

3 comments:

  1. BEST2!!! saya bagi 5 bintang ! ermm ermm panjang sangat.. letih baca.. jangan lupa melawat blog saya - nadzrym2910.blogspot.com.. hahahahaha

    ReplyDelete
  2. beshnyeee entry awokkkk. hmmmmm nak bagi brapa bintang yaaaa? hahahahhahaha follow below iolls. rizwanniee.blogspot.com

    ReplyDelete